INFO WAZAN – ZAKAT EMAS
- Emas selain perhiasan wanita sama ada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, jongkong, kepingan emas, peralatan rumah dan sebagainya.
- Emas perhiasan wanita yang tidak dipakai dalam tempoh haul (setahun) juga termasuk dalam kategori emas bukan perhiasan.
KAEDAH TAKSIRAN
(Berat emas x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5% = Jumlah Zakat
Contoh kiraan:
100 gram x RM144.38= RM14,438
Dalam kiraan zakat emas perhiasan ada kadarnya, di letakkan kadar uruf yang mewajibkan seseorang itu membayar zakat emas perhiasannya. Setiap tahun perlu semak berapa kadar yang telah dipakai.
- Emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan wanita.
- Kadar uruf emas (kebiasaan pakai emas) di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.
- Kiraan zakat emas perhiasan ini dinilai atas perhiasan yang melebihi kadar uruf.
- Sekiranya melebihi kadar uruf, bakinya hendaklah digabungkan dengan harta lain yang berasaskan dengan nisab emas.
KAEDAH TAKSIRAN
(Berat emas - Uruf (800 gram) x Harga Emas Semasa 1 gm) x 2.5%=Jumlah Zakat
1000 gram - 800 gram x RM144.38= RM28,876 x 2.5% = RM721.90
Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
KAEDAH TAKSIRAN
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
Fatwa Di Bawah Subseksyen 50(1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:
Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan di Negeri Selangor (Pindaan) bertarikh 22 Mei 2018:
- Fatwa Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada kadar timbangan 800gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar’uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat.
- Fatwa Kadar ‘Uruf Emas Perhiasan di Negeri Selangor [Sel. P.U. 15] yang diwartakan pada 23 Jun 2005 dibatalkan.
**Pengemaskinian Taksiran Kutipan Zakat ini telah dululuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Rujukan Musfti Sel.500-3 Jld.17(1) Nertarikh 31 Januari 2017.
- Gabungan Harta Yang Sama Jenis yang berasaskan Nisab Emas seperti Emas, Wang Simpanan dan Saham Pelaburan
Nisab Semasa : RM24,007.00
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di
En. Aiman (011-29232379) atau
Hotline WAZAN (03-9769 8993) atau layari
http://wazan.upm.edu.my
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.
Sekian,
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
Hotline : 03-9769 8993
Emel : wazan@upm.edu.my
Date of Input: 29/02/2024 | Updated: 05/03/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING