Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menjemput Pusat Tanggungjawab (PTJ), Persatuan atau Kelab UPM untuk membuat PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ZAKAT PROGRAM UPM SECARA ATAS TALIAN 2023 yang berkuatkuasa bermula 9 Mei 2023 (Selasa).
Syarat permohonan :-
Permohonan hendaklah dihantar sebelum 14 hari bekerja dari tarikh program diadakan.
Permohonan program hendaklah berkonsepkan dakwah, keilmuan dan kesukarelawanan sahaja.
Permohonan yang diluluskan hendaklah meletakkan logo WAZAN UPM di setiap bahan publisiti.
Permohonan program yang melebihi RM3,000.00 akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat UPM untuk pertimbangan dan kelulusan (tarikh persidangan mesyuarat tetakluk kepada ketetapan jawatankuasa).
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Nota:-
Kelulusan permohonan bantuan kewangan zakat program UPM ini adalah tetakluk kepada kedudukan baki dana agihan zakat UPM semasa.