WAZAN UPM TERUS UNGGUL SELAKU PENOLONG AMIL ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM TERUS UNGGUL SELAKU PENOLONG AMIL ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR

WAZAN UPM TERUS UNGGUL SELAKU PENOLONG AMIL ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR

WAZAN UPM TERUS UNGGUL SELAKU PENOLONG AMIL ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR
Oleh: Mohd Rizal Helmi bin A Razak
 
UPM SERDANG – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dinobatkan sebagai pemenang di tempat pertama bagi kutipan kaunter dana zakat tertinggi dalam kalangan IPTA/IPTS Negeri Selangor yang berakhir pada bulan Disember 2020 yang lalu.
 
 
Pelanggan yang membayar zakat di Kaunter Zakat WAZAN UPM
 
Lebih RM1.3 juta telah berjaya dikutip menerusi Kaunter WAZAN sepanjang bulan Disember 2020 yang lepas. Pencapaian ini adalah merupakan kejayaan WAZAN bagi tiga tahun berturut-turut sejak penubuhannya pada tahun 2016.
 
Menurut Pengarah WAZAN, Dr Haji Razali bin Othman, “Alhamdulillah, ini adalah pencapaian WAZAN UPM untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu sejak WAZAN ditubuhkan pada tahun 2016”, beliau mengulas menerusi posting yang dimuatnaik menerusi laman Facebook beliau.
 
Sepanjang tiga tahun ini, WAZAN UPM telah bertindak agresif dengan mengagihkan lebih RM12 juta kepada lebih 25,000 orang dalam kalangan asnaf fakir, miskin, fisabilillah, ibnu sabil dan muallaf di UPM.
 
“Menerusi dana agihan zakat ini, ramai pelajar asnaf bergraduat dengan memperoleh Kepujian Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas apabila tamat pengajian mereka. Ramai dalam kalangan pelajar asnaf ini telah berkerja dan mereka tidak lagi bergelar asnaf”, tambah beliau.
 
WAZAN UPM merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang telah menunaikan tanggungjawab dengan berzakat di WAZAN UPM.
 
 
Ibu Suhazli (kiri) yang tidak pernah putus mengucapkan terima kasih kepada semua yang menunaikan zakat dan berwakaf di WAZAN UPM
 
“Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang menunaikan zakat di WAZAN, terima kasih juga diucapkan kepada seluruh pimpinan UPM dan pihak LZS kerana menyokong kami. Kami di WAZAN UPM akan terus istiqamah berkerja keras, berkerja bersungguh-sungguh, dan yang pasti kami akan menunaikan hasrat murni ANDA dalam membantu dan menyantuni anak-anak asnaf ni”, katanya.

Date of Input: 30/03/2021 | Updated: 30/03/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUGAX~