WAZAN UPM SUMBANG BANTUAN TUNAI KEPADA LEBIH 300 ORANG MANGSA | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM SUMBANG BANTUAN TUNAI KEPADA LEBIH 300 ORANG MANGSA

WAZAN UPM SUMBANG BANTUAN TUNAI KEPADA LEBIH 300 ORANG MANGSA

UPM SERDANG - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah menyumbang bantuan tunai kepada lebih 300 orang mangsa banjir yang terjejas.
 
Sumbangan yang menggunakan peruntukkan dana zakat itu telah diberikan kepada 300 orang mangsa dalam kalangan staf dan pelajar UPM susulan bencana banjir yang melanda sejak bulan Disember 2021 yang lalu.
 
 
Mangsa membuat aduan bencana melalui medium HOTLINE WAZAN UPM dengan mengisi borang aduan secara google form.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "bantuan ini adalah bantuan ihsan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir yang berlaku pada penghujung Disember 2021 yang lalu", katanya ketika ditanya perkembangan bantuan kepada pelajar dan staf mangsa banjir yang lalu.
 
"Moga-moga dengan bantuan yang diberikan menggunakan dana zakat ini dapat meringankan beban para pelajar dan mangsa yang terlibat", katanya.
 
 
Mohd Daud turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat yang menunaikan zakat di WAZAN UPM.
 
"Terima kasih diucapkan kepada semua pembayar zakat yang menunaikan zakat di WAZAN UPM. Dengan zakat anda, dapatlah pihak WAZAN UPM membantu warga UPM yang memerlukan", katanya.

 

Date of Input: 11/02/2022 | Updated: 14/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdKAK~