WAZAN UPM SERTAI PEMBANGUNAN TERMA RUJUKAN SEKRETARIAT ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR
PUTRAJAYA, 8 Mei - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak menghadiri Bengkel Pemurnian Terma Rujukan Sekretariat Zakat IPT Selangor.
Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sekretariat yang bertujuan untuk memurnikan terma rujukan sekretariat yang dianggotai oleh 15 buah IPT Negeri Selangor yang dilantik sebagai penolong amil.
WAZAN UPM yang bertindak selaku Timbalan Pengerusi sekretariat diwakili oleh En Mohd Rizal Helmi A Razak, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran WAZAN.
Date of Input: 31/05/2025 |
Updated: 31/05/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING