WAZAN UPM PERUNTUK RM210 RIBU DANA BANTU MANGSA BANJIR MELALUI BANTUAN BANJIR PUTRA CAKNA | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM PERUNTUK RM210 RIBU DANA BANTU MANGSA BANJIR MELALUI BANTUAN BANJIR PUTRA CAKNA

WAZAN UPM PERUNTUK RM210 RIBU DANA BANTU MANGSA BANJIR MELALUI BANTUAN BANJIR PUTRA CAKNA

UPM SERDANG, 30 DIS - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memperuntukan sebanyak RM210 Ribu bagi membantu bencana banjir yang melanda negeri Selangor dan Pahang sejak 20 Disember yang lalu.
 
Peruntukkan ini menggunakan dana zakat, dana wakaf ilmu dan dana Tabung UPM Prihatin@WAZAN. Bantuan ini meliputi bantuan terus kepada staf dan pelajar yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda dan peruntukkan kepada aktiviti kesukerelawanan dalam bentuk peruntukkan makanan yang diselaraskan oleh Bilik Operasi Bantuan Banjir (BOBB) Putra Cakna.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "WAZAN UPM cakna dengan situasi banjir yang telah melanda beberapa negeri seperti Selangor dan Pahang, oleh itu saya mengambil tanggungjawab yang diberikan oleh YBhg. Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Daud Sulaiman kepada saya untuk membantu meringankan beban mangsa banjir", katanya.
 
Sebelum itu, dalam peruntukan yang sama WAZAN UPM dengan kerjasama Pusat Islam UPM, Koperasi UPM dan Felo Bersekutu Kebajikan dan Kesukarelawanan, En. Bukryman Sabri dalam menyediakan Dapur Rezeki UPM, penyediaan tempat tinggal mangsa yang terjejas di Place2Stay Hotel, The Mines dan aktiviti membantu mangsa dikawasan terjejas.  
 
Menurut Mohd Daud lagi, "WAZAN UPM telah memperuntukkan sebanyak RM180 Ribu daripada dana zakat, RM10 Ribu daripada dana wakaf ilmu (Rahmatan Lil Alamin) dan RM20 Ribu daripada dana Tabung UPM Prihatin@WAZAN agar dapat memberikan bantuan secara terus kepada mengsa dan kepada sukarelawan yang giat membantu mangsa di dalam kesusahan", katanya.
 
Sumbangan ini diberikan kepada para staf dan pelajar yang terjejas yang beragama islam (dana zakat) dan bukan beragama islam (dana wakaf Rahmatan Lil Alamin dan sedekah).
 
Mohd Daud juga memberikan penghargaan terima kasih kepada para penyumbang atas kesudian menyumbang ke WAZAN UPM untuk membantu mangsa banjir.
 
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat, penyumbang wakaf dan penyumbang ke Tabung UPM Prihatin@WAZAN atas kesudian memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir", katanya.    

Date of Input: 30/12/2021 | Updated: 30/12/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXESWAb~