WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANGAN MANGSA BANJIR BALING, KEDAH | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANGAN MANGSA BANJIR BALING, KEDAH

WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANGAN MANGSA BANJIR BALING, KEDAH

WAZAN UPM LANCAR TABUNG SUMBANGAN MANGSA BANJIR BALING, KEDAH
 
UPM SERDANG, 6 JULAI - Hujan lebat yang melanda negeri Kedah Darul Aman telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat dan banjir lumpur di daerah Baling kelmarin. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal akibat dibawa arus 'kepala air'.
 
Oleh itu, Universiti Putra Malaysia menerusi inisiatif Putra Cakna dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) cakna dengan melancarkan tabung sumbangan mangsa banjir di Baling bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.
 
Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang berkata pihak WAZAN UPM sentiasa cakna dengan hal-hal melibatkan bencana yang sedang melanda.
 
 
"Saya merasakan ini adalah isu negara yang kita perlu prihatin, WAZAN UPM juga telah memperuntukkan dana tabung UPM Prihatin @WAZAN untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan", katanya dalam sidang menyuarat khas WAZAN Prihatin di sini.
 
Tabung UPM Prihatin @WAZAN ini adalah ruang untuk para penyumbang untuk membantu.
 
"Diharapkan masyarakat khususnya warga UPM sama-sama membantu mereka yang memerlukan disaat kesulitan yang melanda mereka ketika ini", katanya.

Date of Input: 06/07/2022 | Updated: 13/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZVAy~