WAZAN UPM KUTIP RM7.5 JUTA ZAKAT TAHUN 2021 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM KUTIP RM7.5 JUTA ZAKAT TAHUN 2021

WAZAN UPM KUTIP RM7.5 JUTA ZAKAT TAHUN 2021

UPM SERDANG, 13 JAN - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat da

UPM SERDANG, 13 JAN - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia berjaya mengutip RM7.59 Juta zakat pada tahun 2021.
 
Kutipan zakat ini dikutip menerusi dua kaedah iaitu melalui skim potongan gaji bulanan staf UPM dan melalui kaunter khidmat pelanggan WAZAN. Rata-rata pembayar zakat menunaikan zakat seperti zakat harta, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas, zakat fitrah dan lain-lain.
 
 
Kutipan yang dikira bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2021 yang lalu menampak tidak banyak kemerosotan dalam aspek kutipan berbanding tahun-tahun sebelumnya. 
 
Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia menyatakan bahawa masih ramai yang membayar zakat sewaktu pandemik COVID-19 yang melanda.
 
"Walaupun berdepan dengan situasi era pandemik COVID-19, saya mengucapkan rasa syukur kerana masih ramai yang membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor menerusi WAZAN UPM", katanya dalam satu kandungan ucapan terima kasih kepada pembayar zakat awal tahun baharu 2022 yang lalu.
 
Menurutnya lagi, "Terima kasih diucapkan kepada semua yang bersama-sama membantu para asnaf yang memerlukan terutamanya pada mereka dan keluarga yang amat terkesan dan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda negara sejak Mac 2020 yang lalu".
 
Pengarah WAZAN juga menzahirkan rasa bangga atas kesungguhan petugas-petugas yang bertungkus lumus membantu para pembayar zakat untuk memudahkan urusan pembayaran zakat mereka melalui kaunter kutipan zakat mahupun secara dalam talian.
 

n Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia berjaya mengutip RM7.5 Juta zakat pada tahun 2021.

 

Kutipan zakat ini dikutip menerusi dua kaedah iaitu melalui skim potongan gaji bulanan staf UPM dan melalui kaunter khidmat pelanggan WAZAN.

 

Date of Input: 13/01/2022 | Updated: 14/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYDAl~