WAZAN UPM BANTU ASNAF WARGA UPM MENERUSI DANA ZAKAT | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN UPM BANTU ASNAF WARGA UPM MENERUSI DANA ZAKAT

WAZAN UPM BANTU ASNAF WARGA UPM MENERUSI DANA ZAKAT

WAZAN UPM BANTU ASNAF WARGA UPM MENERUSI DANA ZAKAT
 
UPM SERDANG, 29 JULAI - Pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia telah mengagihkan dana zakat sebanyak RM1.6 Juta yang dikembalikan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada pihak UPM untuk disalurkan kepada LIMA kategori asnaf (fakir, miskin, fisabilillah, ibnu sabil dan mualaf) setakat bulan Januari hingga Jun 2022.
 
Pihak WAZAN UPM melalui infografik di bawah telah menyediakan laporan agihan zakat bagi tahun 2022 (Jan - Jun 2022) untuk makluman pembayar-pembayar zakat di UPM.
 
 
 
Bagi kategori asnaf fakir, sebanyak RM606,465.65 disalurkan menerusi bantuan sara diri dan yuran pelajar, bantuan kepada staf dan lain-lain bantuan. Manakala RM400,852.24 telah disalurkan kepada asnaf kategori miskin dan asnaf fisabilillah sebanyak RM587,746.47 menerusi bantuan yang sama.
 
Bagi agihan dana zakat kepada asnaf ibnu sabil dan muallaf masing-masing sebanyak RM6,100.00 (melalui bantuan sara diri pelajar dan lain-lain bantuan) dan RM3,000.00 menerusi bantuan sara diri pelajar.
 
Menurut Ketua Seksyen Pengurusan Zakat 
 
 
Sekian terima kasih.

 

Date of Input: 29/07/2022 | Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYIAn~