UPM SERDANG, 19 JUN - WAZAN menerima penghargaan Prestasi Cemerlang kutipan zakat tahun 2024 dengan peningkatan sebanyak RM480 Ribu bersamaan 6% berbanding tahun sebelumnya.
Surat penghargaan disampaikan oleh En. Mohd Zaki Abdul Rahim, Pegawai Eksekutif Kanan, Jabatan Perundingan Zakat, LZS kepada Pengarah WAZAN, Tn. Hj. Haris Dahlan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembayar-pembayar zakat di UPM yang memberikan kepercayaan kepada WAZAN.
WAZAN mengutip RM8.66 Juta pada tahun 2024 berbanding kutipan tahun 2023 dengan jumlah RM8.19 Juta menjadikan kenaikan kutipan 6% yang mencapai sasaran kutipan RM8.5 Juta pada tahun 2024 tersebut.
Date of Input: 26/06/2025 |
Updated: 26/06/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING