WAZAN & FPV Tubuh Wakaf Kebajikan Haiwan | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN & FPV Tubuh Wakaf Kebajikan Haiwan

WAZAN & FPV Tubuh Wakaf Kebajikan Haiwan

UPM, 8 MAC 201- Hari ini, Jumaat penghulu segala hari bersamaan 1 Rejab, WAZAN telah bertandang ke Fakulti Perubatan Veterinar. Kehadiran WAZAN bersama pihak FPV merupakan usaha ke arah pengwujudan sebuah dana wakaf yang cukup istimewa. WAKAF Kebajikan Haiwan merupakan cetusan idea bersama antara WAZAN dan FPV dalam memastikan manfaat wakaf dapat diperluaskan. Perbincangan antara pengarah WAZAN dan Dekan Fakluti Peubatan Veterinar menjurus kepada penubuhan dana wakaf ini di UPM. Seterusnya, wakaf kebajikan haiwan sudah pasti mampu memupuk kesedaran warga kampus terhadap kebajikan makhluk ciptaan Allah yang lain.

Sebelum ini, dana wakaf hanya tertumpu kepada kebajikan pelajar dan staf UPM sahaja. Oleh itu, usaha ini amat baik bagi memperlihatkan peranan besar yang dijana oleh sumber wakaf kepada haiwan. Wakaf haiwan ini merangkumi pelbagai jenis haiwan antara kucing, arnab, anjing, kuda, lembu dan lain-lain. Di samping itu, pakar perubatan haiwan dari FPV juga sedia membantu WAZAN dalam membentuk sistem pengurusan dana wakaf haiwan yang lebih tersusun. Semoga perancangan murni akan dapat direalisasikan dan WAZAN bersama FPV mampu terus menyumbang demi mendapatkan ganjaran dari Allah SWT.

Date of Input: 14/03/2019 | Updated: 14/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETUAI~