WAZAN Bina Hubungan Dengan Kausar Wealth Management (KWM) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Bina Hubungan Dengan Kausar Wealth Management (KWM)

WAZAN Bina Hubungan Dengan Kausar Wealth Management (KWM)

UPM, 11 Februari 2019 – Pemantapan pengurusan dana wakaf, zakat dan endowmen WAZAN dapat dijayakan dengan adanya hubungan yang baik bersama organisasi luar UPM. Oleh yang demikian, WAZAN telah berjaya membentuk hubungan erat bersama Kausar Wealth Management yang diwakili oleh Dr. Mohammad Rizal dan ahli KWM. Tujuan pertemuan ini adalah untuk memperkasakan lagi wakaf sebagai satu sumber penjanaan dan pembiayaan yang menyeluruh kepada ummah. Langkah ini merupakan penanda aras yang baik kepada WAZAN dalam usaha memajukan wakaf khususnya di WAZAN dan institusi wakaf Malaysia. KWM merupakan sebuah institusi yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam “Islamic Estate Planner”.

sekaligus mampu memperkembangkan lagi pengurusan manfaat wakaf kepada para penerima secara efisien. KWM turut meletakkan WAZAN sebagai sebuah pusat pengurusan wakaf yang amat berkaliber dan berwawasan tinggi. Justeru, pihak KWM sedia dan berkomitmen tinggi untuk menjalinkan kerjasama yang baik bersama WAZAN. Oleh itu, Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah WAZAN telah bersetuju untuk bekerjasama bagi merancakkan lagi aspek pengurusan dana yang bersumberkan dana wakaf.

Date of Input: 01/03/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETBAI~