UPM TERIMA ANUGERAH PRESTASI KUTIPAN TERTINGGI ZAKAT SELANGOR TAHUN 2022 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » UPM TERIMA ANUGERAH PRESTASI KUTIPAN TERTINGGI ZAKAT SELANGOR TAHUN 2022

UPM TERIMA ANUGERAH PRESTASI KUTIPAN TERTINGGI ZAKAT SELANGOR TAHUN 2022

UPM TERIMA ANUGERAH PRESTASI KUTIPAN TERTINGGI ZAKAT SELANGOR TAHUN 2022
 
Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
 
SHAH ALAM, 3 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Anugerah Prestasi Kutipan Tertinggi Zakat Negeri Selangor bagi tahun 2022. Anugerah ini adalah pengiktirafan yang diberikan kepada penolong-penolong amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) zakat Selangor. UPM merupakan penolong amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak tahun 2002 yang lalu yang kini di bawah pengurusan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN).
 
Anugerah yang diterima pada tahun ini merupakan kali kedua berturut-turut yang dicapai oleh UPM selepas menerima anugerah yang sama pada tahun yang lalu. Menurut Tn. Hj. Haris Dahlan, Penolong Pendaftar, WAZAN UPM berkata kutipan zakat pada tahun 2022 yang lalu merupakan kutipan tertinggi sejak UPM dilantik sebagai penolong amil (kategori IPT) zakat negeri Selangor. UPM telah berjaya mengutip sebanyak RM8.7 juta pada tahun 2022 yang lalu dan RM7.7 juta pada tahun 2021.
 
 
Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr Mohd Daud Awang, berkongsi kesyukuran atas keberkatan dan kejayaan kutipan zakat 2022. Katanya lagi, tanggungjawab yang besar ini dengan harapan lebih ramai asnaf dapat dibantu dan disantuni dalam pelbagai bentuk bantuan.
 
 
Beliau juga menyatakan dengan sokongan padu daripada Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr Mohd Roslan Sulaiman selaku pengerusi Tabung Amanah Zakat UPM, tahap kesedaran pembayar-pembayar zakat UPM meningkat melalui pelbagai program dan aktiviti peningkatan zakat dan wakaf.
 
Anugerah ini diberikan bersempena Majlis Gemerlapan Ejensi Kutipan Zakat Selangor (GRASIAZ) yang berlangsung di sini semalam dan disempurnakan oleh En. Muhd Fikri Naim Harun, Ketua Divisyen Kutipan, LZS kepada Tn. Hj. Haris Dahlan, Penolong Pendaftar, WAZAN UPM. Selain daripada anugerah prestasi kutipan, WAZAN UPM juga turut dinobatkan sebagai pemenang Kempen Insentif Ejen yang dijalankan pada tahun 2022 yang lalu.
 
 
Menurut Dr. Mohd Daud lagi, kerjasama staf WAZAN dan semua pihak iaitu pusat-pusat tangungjawab UPM juga memainkan peranan besar dalam kejayaan ini. Dengan harapan, usaha dan Kerjasama semua akan dapat diteruskan dalam menyahut Tema Al-Falah “Memahat Gemilang, Membingkas Kelangsungan Al-Falah”.

Date of Input: 05/04/2023 | Updated: 05/04/2023 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdOA1~