UPM SUMBANG KEPAKARAN DALAM MENJAYAKAN PENERBITAN MANUAL PENGURUSAN AGIHAN MANFAAT WAKAF (MPAMW) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » UPM SUMBANG KEPAKARAN DALAM MENJAYAKAN PENERBITAN MANUAL PENGURUSAN AGIHAN MANFAAT WAKAF (MPAMW)

UPM SUMBANG KEPAKARAN DALAM MENJAYAKAN PENERBITAN MANUAL PENGURUSAN AGIHAN MANFAAT WAKAF (MPAMW)

Disediakan oleh:
Mohd Azrol Hafizi Azman
 
Putrajaya, 28 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima penghargaan daripada YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersempena Majlis Pelancaran Buku Perakaunan Aset Wakaf Di Malaysia: Cadangan Pengolahan Perakaunan Dan Pelaporan & Manual Pengurusan Agihan Manfaat Wakaf.
 
Tahniah dan syabas En. Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan En. Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM di atas sumbangan kepakaran dalam menjayakan penerbitan Manual Pengurusan Agihan Manfaat Wakaf (MPAMW).
 
En. Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM menerima sijil penghargaan dari YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad
 
Semoga dengan penerbitan MPAMW ini dapat membantu entiti merealisasikan tanggungjawabnya sebagai pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri (MAIN). Di samping itu, Badan Pengurusan Agihan Manfaat Wakaf (BPAMW) juga dapat meningkatkan keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan wakaf dalam tadbir urus agihan manfaat wakaf.
 
En. Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM turut menerima sijil penghargaan dari YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad
 
Agihan manfaat wakaf merupakan satu aktiviti penting dalam pengurusan wakaf. Justeru, pengagihan manfaat wakaf ini hendaklah diuruskan oleh BPAMW yang dilantik. Proses agihan yang sistematik dan profesional akan membantu BPAMW dalam memastikan kelestarian harta dan manfaat wakaf. Dalam memastikan manfaat wakaf dapat disalurkan kepada Mawquf ‘alaih secara khusus dan umat Islam seluruhnya, pematuhan terhadap tatacara, prosedur dan perjanjian bersama di antara entiti dan MAIN di negeri masing-masing haruslah dipatuhi. Semoga MPAMW menjadi panduan atau rujukan dalam memudahkan tugas BPAMW mengagihkan manfaat wakaf.
 
Barisan penulis Manual Pengurusan Agihan Manfaat Wakaf & Buku Perakaunan Aset Wakaf Di Malaysia: Cadangan Pengolahan Perakaunan Dan Pelaporan bersama YB Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

Date of Input: 20/07/2022 | Updated: 20/07/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUEAS~