UPM RAIH TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA KEMPEN ZAKAT SELANGOR | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » UPM RAIH TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA KEMPEN ZAKAT SELANGOR

UPM RAIH TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA KEMPEN ZAKAT SELANGOR

UPM RAIH TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA KEMPEN ZAKAT SELANGOR
 
SHAH ALAM, 21 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat Pertama Kutipan Zakat (Kaunter) bagi Anugerah Prestasi Kutipan 2021 dan meraih tempat Kedua Kempen Insentif Dalaman Musim Puncak Ramadan 2022 Kategori Penolong Amil IPT yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
 
 
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan semangat kepada Penolong Amil IPT Negeri Selangor untuk mempertingkatkan kutipan zakat di peringkat IPT masing-masing.
 
Anugerah disampaikan oleh En. Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor kepada En. Haris Dahlan, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, WAZAN, UPM di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan kemajuan Pertanian Selangor hari ini bersempena Majlis Liqa Zakat anjuran LZS.
 
 
Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang berkata, anugerah ini adalah pemangkin kepada hasrat WAZAN untuk terus mempertingkatkan kutipan zakat, seterusnya dapat membantu para asnaf di UPM yang memerlukan disamping memberikan galakan kepada pembayar-pembayar zakat menunaikan rukun islam keempat ini, katanya ketika mengulas kejayaan UPM memperoleh kejayaan ini.
 
Berikut berupakan keputusan Penolong Amil IPT yang telah memenangi anugerah pada majlis tersebut:
 
Pemenang Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik IPT  - UPM
Pemenang Anugerah Prestasi Komitmen Terbaik IPT - UKM
 
Kempen INSENTIF Bulan Ramadhan 2022
Tempat Pertama - KUIS
Tempat kedua    - UPM
Tempat Ketiga    - MMU
Tempat Keempat - IUKL
Tempat Kelima    - UKM

 

Date of Input: 29/06/2022 | Updated: 07/07/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEXTAa~