SULTAN SELANGOR SEMPURNAKAN PENYERAHAN SUMBANGAN AIDILFITRI & WAKAF ILMU UPM
Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 45 penerima pada Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih di Masjid UPM pada 19 Mac 2025. Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Baginda turut menerima sumbangan Wakaf Ilmu UPM berjumlah RM1.08 juta, Dana Zakat RM8.17 juta, serta zakat perniagaan daripada UPM Holdings, Koperasi UPM & PLUS Malaysia. UPM juga menerima sumbangan zakat & infak daripada Tabung Haji, Bank Islam, Takaful Ikhlas & Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya.
Baginda kemudiannya berbuka puasa serta menunaikan solat bersama warga UPM dan komuniti sekitar.
Date of Input: 31/03/2025 |
Updated: 31/03/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING