STAF IDEC TERIMA SUMBANGAN PEK BARANGAN ASAS DARI PIHAK WAZAN UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » STAF IDEC TERIMA SUMBANGAN PEK BARANGAN ASAS DARI PIHAK WAZAN UPM

STAF IDEC TERIMA SUMBANGAN PEK BARANGAN ASAS DARI PIHAK WAZAN UPM

STAF IDEC TERIMA SUMBANGAN PEK BARANGAN ASAS DARI PIHAK WAZAN UPM
 
 
UPM SERDANG, 21 Jun - Bulan Ramadan semestinya menjadi pilihan Pusat Tanggung Jawab di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menganjurkan program-program ceramah mahupun program motivasi kepada staf UPM amnya dan staf sesebuah PTJ khususnya.
 
Pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) menerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi telah menganjurkan Program MyTazkirah & MySumbangan KRiDEC-WAZAN di Pejabat IDEC pagi tadi. Program yang dianjurkan pada setiap tahun ini membawakan penceramah yang sering bersiaran di Radio IKIM dan RTM iaitu Ustaz Aizuddin yang menyampaikan ceramah bersempena Nuzul Al Quran.
 
 
 
Dalam masa yang sama pihak WAZAN UPM turut cakna dengan memberikan sumbang pek barangan asas kepada staf IDEC UPM yang memerlukan. WAZAN UPM yang diwakili oleh En. Mohd Rizal Helmi bin A Razak berkata, pihak WAZAN UPM sentiasa mendahulukan sumbangan-sumbangan yang dimohon oleh mana-mana PTJ untuk membantu mereka yang memerlukan.
 
"Dengan sumbangan ini dapatlah memberikan bantuan bagi meringankan bebanan para staf bagi menyambut kemeriahan aidilfitri tak lama lagi", katanya ketika berucap pada sesi penutupan Program MyTazkirah & MySumbangan KRiDEC-WAZAN di sini hari ini.
 
 
"Setiap sumbangan yang disalurkan adalah hasil sumbangan oleh warga UPM melalui sumbangan zakat, wakaf mahupun sedekah yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan staf di UPM", katanya.

 

Date of Input: 27/04/2022 | Updated: 07/07/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZPAH~