SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN KINI KE PENGHUJUNG | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN KINI KE PENGHUJUNG

SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN KINI KE PENGHUJUNG

SIRI JELAJAH BAGI SESI TAKLIMAT PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN KINI KE PENGHUJUNG
 
UPM Serdang, 15 Nov - Siri Jelajah kolej kediaman bagi memberikan taklimat berkenaan panduan permohonan bantuan zakat secara dalam talian kepada pelajar UPM di Kolej Canselor dan Kolej Tun Dr Ismail, UPM kini ke penghujung.
 
Sesi taklimat ini melibatkan para pelajar kolej kediaman yang ingin membuat permohonan bantuan zakat yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM.
 
WAZAN UPM memberikan sepenuhnya komitmen terhadap kebajikan pelajar melalui bantuan sara diri, bantuan yuran pengajian dan bantuan latihan industri kepada asnaf yang layak dan berhak disamping memberikan informasi permohonan bantuan kewangan bagi menganjurkan program-program pelajar.
 
Antara yang hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu serta para pegawai penilai zakat WAZAN UPM.

Date of Input: 15/11/2022 | Updated: 15/11/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdRAR~