SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH ATAS KURNIAAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Ketua Seksyen Wakaf dan Infak, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia En. Mohd Azrol Hafizi Azman atas kuniaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 pada Majlis Gemilang Putra UPM yang dilangsungkan pada 19 Mei 2026 yang lalu.
Sesungguhnya pengiktirafan ini menjadi satu inspirasi untuk warga WAZAN untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta mempamerkan mutu kerja yang unggul di masa akan datang.
Terdahulu, Pengarah WAZAN UPM juga menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jasa Putra pada majlis yang sama. Syabas dan tahniah dari seluruh warga WAZAN UPM.
Date of Input: 28/05/2026 |
Updated: 28/05/2026 | rizal_helmi
MEDIA SHARING