SANGGUP KORBANKAN MASA DEMI KASIH SAYANG TERHADAP SUAMI | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » SANGGUP KORBANKAN MASA DEMI KASIH SAYANG TERHADAP SUAMI

SANGGUP KORBANKAN MASA DEMI KASIH SAYANG TERHADAP SUAMI

SANGGUP KORBANKAN MASA DEMI KASIH SAYANG TERHADAP SUAMI
Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
BERANANG, 17 Mei – Tiada siapa yang sanggup melihat seorang suami menguruskan diri sendiri yang parah akibat kemalangan. Begitulah yang dihadapi oleh Puan Norizan Zainal yang ”terpaksa” mengambil cuti separuh gaji demi menjaga suaminya yang mengalami kesukaran menguruskan kehidupan seharian.
 
 
Norizan merupakan staf UPM dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah terlibat dengan kemalangan motosikal bersama suaminya pada penghujung tahun 2022. Namun, keadaan suami beliau masih belum pulih dan memerlukan penjagaan di rumah beliau.
 
Dalam kesulitan yang dihadapi oleh Norizan, delegasi Pejabat Pendaftar dan WAZAN UPM yang diketuai oleh tuan Pendaftar UPM, En. Muhazam Mansor dan Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang menziarahi beliau dikediaman di sini Rabu lalu sebagai ziarah lanjutan bagi melihat bantuan-bantuan susulan kepada Norizan yang masih menjaga suaminya.
 
Menurut Dr. Mohd Daud, ”WAZAN UPM sentiasa cakna dan prihatin dengan meluluskan bantuan zakat bulanan selama dua bulan kepada Norizan bagi menampung kehidupan selama beliau mendapat cuti separuh gaji”, ujar beliau ketika ditanya ketika berkunjung ke rumah Norizan di sini Rabu lalu.
 
”Kami akan lihat beberapa bantuan susulan kepada Norizan untuk kita terus cakna kepada staf yang memerlukan bantuan”, katanya.
 
Terdahulu, pihak Pendaftar dan WAZAN UPM telah menghulurkan sumbangan kepada Norizan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau sewaktu ziarah kali pertama yang diadakan pada 19 Januari 2023 yang lalu.
 
 
Turut hadir dalam sesi ziarah kali ini ialah En. Azrol Hafizi Azman (Ketua Seksyen, Pengurusan Zakat, WAZAN UPM), Pn. Zaimawati (Seksyen Kebajikan Staf Pendaftar UPM) dan Cik Maznur Nazila (Pegawai Kebajikan dan Pebangunan Staf, WAZAN UPM)
 
Pihak WAZAN UPM sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan staf yang amat memerlukan. Seramai 361 orang staf telah menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM183 ribu menerusi dana agihan tabung amanah Zakat UPM pada tahun 2022.

Date of Input: 22/05/2023 | Updated: 22/05/2023 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZWAR~