Road Tour Penolong Amil IPT WAZAN-UPM Rancang Strategi Kutipan Zakat Sewaktu Pandemik | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Road Tour Penolong Amil IPT WAZAN-UPM Rancang Strategi Kutipan Zakat Sewaktu Pandemik

Road Tour Penolong Amil IPT WAZAN-UPM Rancang Strategi Kutipan Zakat Sewaktu Pandemik

UPM SERDANG, 2 OGOS - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM bersama-sama Jabatan Pengurusan Ejensi, Lembaga Zakat Selangor  menjalan aktiviti Road Tour Penolong Amil IPT yang berlangsung secara dalam talian semalam. Program ini bertujuan memantau segala aktiviti kutipan dan agihan zakat yang berlaku dalam tempoh setengah tahun Januari - Jun yang lalu dan sasaran pada bulan Julai - Disember 2021.
 
Sesi ini juga bertujuan untuk merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan kutipan zakat melalui skim potongan gaji (SPG) dan melalui kaunter kutipan. Disamping itu sasaran peratus agihan zakat kepada staf dan pelajar turut dibincangkan.
 
Antara yang hadir ke sesi tersebut ialah Pengarah WAZAN UPM, Dr Haji Razali Othman, Pegawai-pegawai Lembaga Zakat Selangor, En. Hairulazlan Ramlan, En. Mohd Zaki Bin Abdul Rahim dan pegawai-pegawai WAZAN yang berkaitan zakat iaitu En. Muhamad Asyraf Arshad dan En. Mohd Rizal Helmi A Razak.

Date of Input: 03/08/2021 | Updated: 03/08/2021 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYBAr~