PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR SEMESTER PERTAMA 2022/2023 AKAN DIBUKA | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR SEMESTER PERTAMA 2022/2023 AKAN DIBUKA

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR SEMESTER PERTAMA 2022/2023 AKAN DIBUKA

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT DALAM TALIAN SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 AKAN DIBUKA
 
Oleh: Mohd Rizal Helmi bin A Razak
 
UPM SERDANG, 27 Julai – Pusat pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan membuka Permohonan Bantuan Zakat Dalam Talian Semester Pertama Sesi 2022/2023 kepada para pelajar UPM.
 
Permohonan yang dikhususkan oleh pelajar asnaf UPM ini akan dbuka bermula 1 Ogos 2022 yang bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan secara terus kepada pelajar UPM yang memerlukan. Terdapat lima kategori asnaf yang layak untuk memohon bantuan zakat ini seperti asnaf fakir, miskin, fisabilillah, muallaf dan ibnu sabil yang melanjutkan pelajaran di UPM.
 
 
Menurut Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf WAZAN, Tn. Hj. Haris bin Dahlan, “Pihak WAZAN akan membuka permohonan bantuan zakat semester pertama sesi 2022/2023 pada tahun ini bermula 1 Ogos 2022 ini bagi meringankan bebanan kewangan mereka sepanjang tempoh pengajian di UPM”, katanya ketika ditanya berkenaan sumbangan kepada pelajar di pejabat WAZAN hari ini.
 
Manurutnya lagi, “Semua pelajar UPM akan layak untuk membuat permohonan ini, yang penting mereka adalah asnaf di UPM. Sama ada mereka fakir, miskin, fisabilillah, muallaf dan ibnu sabil”.
 
Menurut Haris, pelajar yang menyambung pengajian di UPM Kampus Bintulu turut tidak terkecuali dalam memperoleh dana zakat di UPM termasuklah yang sedang menyambung pengajian dalam bidang asasi sains pertanian, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
 
“Walaupun pelajar UPM ini berada di Kampus Bintulu, kita bantu asalkan mereka ini Islam, mereka layak memohon dan layak dibantu”, katanya.
 
Permohonan Bantuan Zakat Dalam Talian Semester Pertama Sesi 2022/2023 boleh diakses di portal https://wazan.upm.edu.my/permohonan_zakat-3973

Date of Input: 29/07/2022 | Updated: 13/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdIAR~