PERBINCANGAN KERTAS CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI MALAYSIA | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » PERBINCANGAN KERTAS CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI MALAYSIA

PERBINCANGAN KERTAS CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI MALAYSIA

UPM SERDANG, 2 MAC - Telah berlangsung satu sesi perbincangan Kertas Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Penaja Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Malaysia yang dipengerusi oleh YBrs. Pengarah WAZAN UPM, Prof Madya Dr, Mohd Daud Awang pagi tadi.
 
 
Sesi perbincangan yang berlangsung secara dalam talian ini dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa penaja Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Malaysia dalam membincangkan berkenaan objektif penubuhan majlis ini untuk dibawa kepada Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha untuk menubuhkan majlis tersebut.
 
Cadangan majlis ini ditubuhkan susulan Sesi Libat Urus Wakaf dan Endowmen UA pada 15-17 November 2021 lalu yang mana antara lain dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi wakaf dan endowmen.
 
Seramai 10 orang yang terlibat dalam sesi perbincangan ini antaranya:
 
Prof. Madya Dr, Mohd Daud Awang
Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM
 
Prof. Dr. Ahmad Sayuti Ab Ghani
Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, UPNM
 
Dr. Mohd Ashrof Zaki Yaakob
Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), UiTM
 
Pn. Dayang Nor Hajijah Awang Daud
Pengarah Bahagian Endowmen dan Wakaf, Unimas
 
Dr. Riswadi Amin
Pengarah Pusat Islam, UMT
 
En. Haizal Ahmad
Pengarah Pusat Wakaf dan Endowmen, UTHM
 
Dr. Mohammad Naim Abd Halim
Pengurus
Bahagian Zakat Wakaf dan Endowmen (BZWE), UUM
 
Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahmood
Jabatan Syariah dan Perundangan, UM
 
En. Mohd Azrol Hafizi Azman
Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, WAZAN UPM
 
En. Mohd Rizal Helmi bin A Razak
Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran, WAZAN UPM

 

Date of Input: 02/03/2022 | Updated: 02/03/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYSAb~