PENGARAH WAZAN HADIRI MESYUARAT HALA TUJU MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI AWAM (MAWEZ) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» NEWS » PENGARAH WAZAN HADIRI MESYUARAT HALA TUJU MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI AWAM (MAWEZ)

PENGARAH WAZAN HADIRI MESYUARAT HALA TUJU MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI AWAM (MAWEZ)

 
Putrajaya - Mesyuarat Hala Tuju Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) 2025 telah diadakan pada 17 Jun 2025 (Selasa) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Izamael Zamzuri bin Ismail. Pengarah Bahagian Governan IPTA (BGA).
 
 
Dalam sidang Mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak antara BGA dan MAWEZ telah membincangkan tentang strategi MAWEZ terhadap 20 Universiti Awam dalam usaha mendapatkan kelulusan pengecualian cukai bagi wakaf dan endowmen, pelaporan dan penyediaan pangkalan data, penerokaan inisiatif pendanaan serta penepatan KPI bagi Wakaf, Zakat, Endowmen dan Sumbangan.
 
Penglibatan delegasi MAWEZ ke JPT adalah seperti berikut:-
1. Tn. Hj. Haris Dahlan, UPM (Pengerusi)
2. Prof. Dr. Sayuti Ab Ghani, UPNM (Timbalan Pengerusi 1)
3. Prof. Madya Dr. Najahudin Lateh, UiTM (Timbalan Pengerusi 2)
4. En. Mohd Azrol Hafizi Azman, UPM (Setiausaha Agung)
5. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, USIM (Exco Pengkalan Data dan Pelaporan)
6. Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, UUM (Exco Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Modal Insan)
7. Prof. Madya Dr. Ahmad Che Yaacob, UTM (Exco Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
8. En. Nurul Anuar Jamasan, UPSI (Wakil Exco Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar)
 

Date of Input: 26/06/2025 | Updated: 26/06/2025 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (07:21:13am-07:26:13am, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]