NAIB CANSELOR UPM SANTUNI PELAJAR ASNAF DALAM MAJLIS TAUTAN KASIH RAMADAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » NAIB CANSELOR UPM SANTUNI PELAJAR ASNAF DALAM MAJLIS TAUTAN KASIH RAMADAN

NAIB CANSELOR UPM SANTUNI PELAJAR ASNAF DALAM MAJLIS TAUTAN KASIH RAMADAN

NAIB CANSELOR UPM SANTUNI PELAJAR ASNAF DALAM MAJLIS TAUTAN KASIH RAMADAN
 
UPM SERDANG, 21 APRIL - Bagi menyantuni para pelajar asnaf di Universiti Putra Malaysia, Naib Canselor, YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama-sama pelajar asnaf dalam Majlis Tautan Kasih anjuran Persatuan pentadbir UPM (PPUPM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM di L'apprenti UPM.
 
 
Majlis ini bertujuan antara lain adalah untuk meraikan pelajar asnaf UPM yang memerlukan. Seramai 70 orang pelajar asnaf yang terlibat ini diberikan wang saguhati sumbangan PPUPM dan WAZAN yang telah disampaikan oleh YH Naib Canselor.
 
Menurut Presiden PPUPM, En. Zuhaimi Abdul Rahim, majlis seumpama ini adalah satu bentuk kerjasama yang dijalinkan oleh WAZAN UPM dan PPUPM yang cakna dengan keperluan asnaf UPM selaras dengan peranan yang dimainkan oleh WAZAN dalam menguruskan agihan kepada asnaf dalam kalangan pelajar dan warga UPM.
 
 
"Saya mengharapkan program seumpama ini dapat dijalankan setiap kali pada bulan Ramadan agar anak-anak kita ini dapat memperoleh duit raya menjelang bulan Syawal yang bakal tiba", katanya lagi.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "dana zakat yang dibayar oleh warga UPM dan masyarakat sekitarnya diuruskan dengan pemberian bantuan secara terus, namun ada juga yang disalurkan melalui prorgam-program seumpama ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan, dan ada pihak yang boleh bekerjasama denga pihak WAZAN untuk menyantuni pelajar-pelajar asnaf kita".
 
 
 
Dalam program ini juga diadakan Majlis Simbolik Penyerahan Cenderahati Zakat kepada pembayar-pembayar zakat yang tertinggi sepanjang tahun 2021. Pembayar-pembayar zakat ini terdiri dalam kalangan staf, masyarakat luar dan syarikat-syarikat melalui zakat perniagaan.
 
 
Majlis disampaikan oleh YH Naib Canselor UPM kepada empat penerima yang hadir dalam majlis tersebut.

 

Date of Input: 26/04/2022 | Updated: 06/09/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYSAp~