MENEROKA PENJANAAN MELALUI SUMBANGAN WAKAF | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » MENEROKA PENJANAAN MELALUI SUMBANGAN WAKAF

MENEROKA PENJANAAN MELALUI SUMBANGAN WAKAF

SERDANG, 30 MEI - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM merangka satu aktiviti penerokaan dalam aspek penjanaan melalui sumbangan Wakaf yang disumbang oleh orang ramai.
 
 
Aspek ini dilihat sebagai satu kaedah memperoleh pulangan secara langsung dalam aktiviti penjanaan yang dijalankan disamping pemerolehan pulangan dari simpanan tetap yang dilakukan oleh pihak Bendahari UPM.
 
Penjanaan ini juga dilihat sebagai sesuatu yang baharu untuk dilaksanakan oleh pihak WAZAN memandangkan penerokaan ilmu penjanaan perlu melibatkan pelbagai pihak.
 
Sebagai contoh ianya dilihat kepada usahasama yang dijalankan oleh pihak Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dalam mempergiat aktiviti agrotek yang akan memperoleh pulangan dan disalurkan kembali ke tabung dana wakaf ilmu UPM.
 
 
Begitu juga dengan hasrat untuk menjalankan penjanaan dengan kerjasama L'apprenti UPM, Institut Halal UPM, Hospital Pengajar UPM, Fakulti Pertanian dan beberapa ptj yang berpotensi untuk mempertingkatkan wakaf tunai yang terkumpul setakat ini.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "penjanaan ini sangat membantu dalam mempertingkatkan kutipan wakaf yang kita ada sekarang ini kerana pihak WAZAN bertanggungjawab dalam memastikan dana wakaf ilmu ini terus berkembang agar semua penyumbang dapat merasai ganjaran pahala yang berterusan buat mereka", katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga WAZAN UPM semalam.
 
 
 
"Diharapkan keluarga WAZAN dapat bersama-sama untuk merealisasikan hasrat untuk perkasakan dana wakaf ilmu di UPM", katanya.

Date of Input: 31/05/2022 | Updated: 04/10/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcSAR~