Dana Zakat Lahirkan Generasi UPM Celik Al- Qur'an | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Dana Zakat Lahirkan Generasi UPM Celik al- Qur'an

Dana Zakat Lahirkan Generasi UPM Celik al- Qur'an

DANA ZAKAT LAHIRKAN GENERASI UPM CELIK QUR’AN

UPM, 23 JANUARI 2019 – Al- Quran merupakan kitab suci Islam yang menjadi sinar petunjuk kepada sekalian alam dan sebagai rujukan dalam kehidupan. Menyedari hakikat kepentingan Al-Quran, WAZAN telah berjaya berkolobrasi bersama pihak Al-Baghdadi menjalankan pengajian kelas asas dan kelas tajwid kepada lebih 40 orang staf UPM daripada pelbagai fakulti di UPM. Pada petang tadi, Pengarah WAZAN, Dr. Haji Razali Othman diiringi Ustaz Zuhaimi telah menghadiri majlis penyampaian sijil tamat pengajian kepada semua para staf UPM sebagai peserta di majlis penutup Al-Quran al-Baghdadi. Berkat sumbangan zakat yang diberikan oleh warga kampus dan masyarakat setempat telah menjadi sumber utama bagi WAZAN menyediakan dana pembiayaan sempena program ini. Para peserta kelas pengajian ini meluahkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah dan KurniaaNya. Akhirnya, para peserta berjaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan.

Kejayaan para staf UPM juga hasil bantuan yang dihulurkan oleh WAZAN dan pihak pengurusan universiti di bawah pimpinan nain canselor YBhg. Datin Paduka Prof’ Dato’ Dr. Aini Idris. Di samping itu, kelas pengajian ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Lembaga Zakat Selangor. WAZAN amat menghargai sumbangan LZS dalam menjayakan pelbagai program berimpak tinggi dan mampu bermanfaat kepada agama dan kemashlahatan ummah.

Date of Input: 28/02/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdRA0~