DANA ZAKAT BANTU UPM LAHIR MUSLIM FOODPRENEUR | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » DANA ZAKAT BANTU UPM LAHIR MUSLIM FOODPRENEUR

DANA ZAKAT BANTU UPM LAHIR MUSLIM FOODPRENEUR

 
UPM SERDANG, 11 Mac - Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan (JPKM), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) buat julung kalinya menganjurkan Program Muslim Foodpreneur @ Foodservice FSTM 2022 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM).
 
 
Seramai 20 peserta program itu adalah terdiri daripada pelajar asnaf dari FSTM dan dari fakulti lain di UPM.
 
Program itu bertujuan untuk memperkasakan pelajar asnaf UPM dengan ilmu perniagaan dalam bidang perkhidmatan makanan bagi melahirkan bakal keusahawanan dikalangan mereka.
 
Pengarah program, Dr. Noor Azira Abdul Mutalib berkata program itu dapat meningkatkan kreativiti pelajar serta memberi nilai tambah kepada pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar UPM.
 
“Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai minda dan berbudaya usahawan dan kompeten dalam aspek pengurusan perniagaan.
 
“Program itu menawarkan modul pembelajaran yang meliputi tiga aspek iaitu keusahawanan, pengurusan perkhidmatan makanan dan kulinari,” katanya.
 
Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang berkata program itu adalah salah satu inisiatif penting WAZAN dalam membentuk dan melahirkan pelajar untuk menjadi usahawan yang mampu berdaya saing di masa hadapan.
 
 
“Saya berharap program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang sekaligus dapat menjadi aspirasi kerjaya dalam dunia usahawan di kalangan pelajar serta memperhebatkan pelajar-pelajar asnaf,” katanya.
 
Sementara itu, para pelajar berpeluang menjalani amali di dapur L’Apprenti untuk mempelajari dan menghasilkan sendiri produk seperti roti, biskut dan masakan barat.

Date of Input: 15/03/2022 | Updated: 15/03/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdTA5~