BIASISWA WAKAF: KURANG UPAYA PENGLIHATAN BUKAN PENGHALANG CAPAI IMPIAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » BIASISWA WAKAF: KURANG UPAYA PENGLIHATAN BUKAN PENGHALANG CAPAI IMPIAN

BIASISWA WAKAF: KURANG UPAYA PENGLIHATAN BUKAN PENGHALANG CAPAI IMPIAN

SERDANG, 8 Jan – Status OKU buta kedua belah mata tidak menjadi penghalang untuk Khairullah Affarouk Paiman, 37, untuk beliau bergelar graduan Sarjana (Master) Bahasa Melayu.

Khairullah Affarouk merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik telah dilahirkan sempurna dan keadaan beliau  berubah segalanya apabila anak jati Felda Pemanis, Segamat Johor itu mengalami kerosakan saraf pada bahagian kedua belah mata akibat daripada terkena bola semasa berusia 13 tahun.

Khairullah merupakan seorang yang minat dalam Bahasa Melayu, kini beliau sedang menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah  (PhD)

Khairullah akui perlu mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tempoh menghabiskan pengajiannya di peringkat Master di sini.

Beliau bersyukur pelbagai pihak yang sentiasa membantu beliau dari segi sokongan moral serta penyediaan pelbagai kemudahan yang sangat membantu beliau dalam menghasilkan tesis dan projek ilmiah.

“Saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran di UPM kerana pihak UPM sangat prihatin dan cakna dengan nasib golongan OKU. Pelbagai prasarana yang dapat dinikmati seperti kemudahan tempat tinggal yang mesra OKU dan juga penyediaan embosser daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, PSAS UPM yang sangat membantu pelajar OKU penglihatan,” katanya.

Khairullah mempunyai prinsip yang tersendiri iaitu tidak menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk beliau mencapai kejayaan. Beliau sentiasa membina motivasi buat dirinya sendiri agar dapat mengejar cita-citanya sebagai seorang pensyarah suatu hari nanti. - UPM

 

Sumber berita: UPM

 

Date of Input: 10/01/2022 | Updated: 12/01/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZRAG~