Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM menganjurkan Bengkel pemunian garis panduan WAZAN tahun 2023 bagi tujuan untuk memudahkan sebarang bentuk pengurusan kualiti yang dijalankan di UPM amnya dan WAZAN UPM khususnya sejajar dengan pemantauan Pengurusan Kualiti ISO MS9001:2015.
Bengkel Pemurnian Garis Panduan ini diadakan di Foyer Dewan Taklimat Serdang melibatkan staf-staf WAZAN UPM. Antara aspek garis panduan yang dimurnikan adalah seperti garis panduan permohonan zakat, piagam pelanggan dan kutipan kaunter. – WAZAN UPM
Date of Input: 29/05/2023 |
Updated: 18/01/2024 | rizal_helmi
MEDIA SHARING