AMBULANS WAKAF HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) KINI BERI MANFAAT KEPADA PARA PESAKIT
HSAAS UPM, 28 Julai - AMBULANS wakaf kini sudah boleh memberikan manfaat kepada para pesakit. Projek wakaf yang telah dilancarkan sejak 2023 yang lalu direalisasikan dalam Majlis Simbolik Penyerahan Wakaf Ambulans di sini hari ini.
Majlis ini adalah rentetan daripada pembelian sebuah ambulans menerusi Dana Wakaf Ilmu berjumlah RM600 Ribu yang disumbangkan oleh Lembaga Tabung Haji dan para penyumbang wakaf yang lain.
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) yang menjalankan fungsi mutawalli Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), bertanggungjawab mengutip, mengumpul dan mengagihkan dana tersebut bagi manfaat warga UPM dan pesakit yang memerlukan.
Antara yang hadir dalam majlis simbolik ini ialah Ketua Syariah, Lembaga Tabung Haji, Pengarah WAZAN, Ketua Pegawai Eksekutif, PWS dan Pengurus Khidmat Sosial Lembaga Tabung Haji.
Tabung Haji telah memberikan sumbangan wakaf bernilai RM400 Ribu dan RM200 Ribu lagi disumbangkan oleh para pewakaf menerusi inisiatif Tabung Dana Wakaf Ilmu UPM bagi tujuan pembelian ambulans ini. - WAZAN
Date of Input: 15/08/2025 |
Updated: 15/08/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING