Musalla For UPM Sport Complex | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» [ MYSADAQAH™ ] » Musalla for UPM Sport Complex

Musalla for UPM Sport Complex

Let's donate NOW!

   

PROJEK PEMBINAAN MUSALLA KOMPLEKS SUKAN UPM

Projek Pembinaan Musalla Kompleks Sukan UPM adalah usahasama antara Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pusat Sukan UPM.

Projek ini memberi tumpuan kepada pembinaan sebuah Surau atau Musalla untuk kegunaan para atlet (termasuk para pengunjung)  dalam dan luar negara menunaikan tanggungjawab untuk bersolat.

Pembinaan ini sangat diperlukan  kerana Musalla yang sedia ada bersaiz kecil dan tidak dapat menampung jumlah pengguna/jamaah, khususnya yang melibatkan penganjuran program atau acara-acara besar di kompleks sukan berkenaan.

Bagi merealisasikan usaha murni ini, pihak WAZAN telah bersetuju untuk mewujudkan Tabung Projek Musalla Kompleks Sukan UPM dengan menyediakan dana awal sebanyak RM70,000.00. Sementara bakinya sebanyak RM180,000 lagi akan dibuat menerusi sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak termasuk warga UPM, kariah Serdang dan masyarakat luar.

Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh dibuat serendah RM5.00 dan sumbangan tuan/puan itu adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 (No Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6, 1888).

Sehubungan itu, saya sangat berterima kasih dan memohon keikhlasan Tuan/Puan untuk sama menyumbang bagi merealisasikan misi pembinaan Musalla yang sangat murni ini. Apa lagi, sumbangan Tuan/Puan yang akan dilakukan ini adalah dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Bulan Mulia, bulan untuk menambah amal baik dan ganjaran pahala dijanjikan Allah SWT seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan 10 kebaikan yang semisal hingga 700 kali lipat”. Allah SWT berfirman "kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syawat dan makan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagian, iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada minyak kasturi". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 

  

 

 

 

Let's donate NOW!

   

Updated:: 30/09/2019 [nuruliman]

MEDIA SHARING

C1573982926