Ambulance UPMKB | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» [ MYSADAQAH™ ] » Ambulance UPMKB

Ambulance UPMKB

   

PROJEK AMBULANS @UPMKB 

Projek Ambulans@UPMKB merupakan salah satu inisiatif bagi membeli kenderaan baharu menggantikan ambulans sedia ada yang telah lama melebihi 12 tahun. Melalui tabung sumbangan yang dibuka ini, menjadi salah satu ruang orang ramai memberi sumbangan kepada pembangunan kebajikan pelajar khasnya di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).

Melalui ambulans baharu nanti, maka perkhidmatan kebajikan pelajar dan seterusnya keperluan kecemasan dapat diberi dengan lebih baik. Sumbangan yang diberikan merupakan amalan yang berpanjangan apatah lagi ambulans ini merupakan satu keperluan untuk kes-kes kecemasan dan diharapkan akan menjadi nadi penyambung keperluan pesakit di dalam ambulans menuju ke hospital atau pusat rawatan perubatan.

Kelebihan juga diberikan dengan sumbangan adalah melayakkan pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Diharap, projek Ambulans@UPMKB ini mencapai sasaran bagi mengumpul sebanyak RM250,000.00 untuk membeli sebuah ambulans baharu untuk memberikan perkhidmatan cemerlang.

Hulurkan sumbangan anda SEKARANG!

Updated:: 30/09/2019 [nuruliman]

MEDIA SHARING

C1571470114