Produk Kesihatan @ WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» DERMA » Jualan Amal » Produk Kesihatan @ WAZAN

Produk Kesihatan @ WAZAN

1. Minyak Afdhal

                                                              Harga: RM40/botol 

Penyelidik Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menemui inovasi mencipta minyak masak AFDHAL yang diformulasikan daripada ekstrak herba semulajadi yang mampu mengurangkan serapan minyak dalam masakan dan membolehkan penggunaannya berulang kali sehingga 80 kali.

Prof Suhaila berkata minyak Afdhal dirumus secara saintifik menggunakan bahan utama iaitu minyak sawit dan herba Rutaceae yang mampu mengurangkan penyerapan minyak dalam makanan bergoreng sehingga 85% da membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. Beliau berkata ciri utama pada minyak masak Afdhal membolehkan produk itu memperolehi hak paten dari seluruh dunia dan telah dikomersilkan.

“Ekstrak daripada herba Rutaceae menjadi bahan antioksida semulajadi yang mencegah kerosakan pada minyak masak. “Selain itu pembaziran dapat dielakkan dengan penggunaan 80 kali menggoreng tanpa menjejaskan kesihatan. “Antara kelebihan lain produk ini adalah ia diperkaya dengan antioksida yang tinggi, bersifat antibakteria dan antihistamin, meningkatkan kegaringan, rasa dan kualiti makanan bergoreng, mencegah kerosakan minyak semasa menggoreng atau semasa penyimpanan dan menjadikan makanan bergoreng kurang bahaya kepada kesihatan. “Minyak Afdhal boleh digunakan dengan manaa-mana jenis minyak masak dengan penggunaan hanya perlu memasukkan 15 mililiter (ml) atau satu sudu besar ke dalam 150 ml atau setengah cawan minyak masak,” katanya.

Penghasilan nama minyak AFDHAL diambil berdasarkan lima konsep utama iaitu;

-Antioxidant (powerful) natural edible herbs extract,
-Free of trans-fats, synthetics or cholestrol,
-Decrease wastage, spoilage and allergy,
-Have health benefits,
-Anti-oil absorped in food,
-Lengthen oil life and usage.

Penyelidikan yang bermula pada tahun 2008 itu masih dalam proses penambahbaikan dan mendapat geran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan mempunyai beberapa paten termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Singapura, Malaysia, Vietnam, India, Jepun, China dan Indonesia.

SUMBER – TribunPutra UPM

 

2. Krim REMDII Sensitif

 

                                                          Harga: RM150

 

‘REMDII Sensitive’ Bantu Pulih Penyakit Ekzema

  • Relieves Skin Eczema
  • Soothes Dry Skin
  • Improves Skin Conditions
  • Fast penetration and absorption
  • Steroid-Free Solution

Produk berupa krim ultra pelembab semula jadi berasaskan spektrum penuh vitamin E daripada ekstrak kelapa sawit yang bebas steroid itu dikenali sebagai REMDII Sensitive.

Produk ini dirumus dengan minyak olein ekstrak daripada sawit merah (RPO), kaya dengan tokoferol, tocotrienol dan karotenoid yang merupakan ramuan utama formulasi penjagaan kulit.

Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan produk bebas steroid untuk rawatan penyakit kulit atau ekzema, yang berupaya mengurangkan kegatalan dan pengelupasan serta dapat merawat keadaan kulit dalam masa hanya dua minggu.

Ekzema adalah penyakit yang boleh menjangkiti individu pelbagai peringkat umur terutama kanak-kanak berpunca daripada keradangan, kekeringan, kemerahan kulit serta nanah dari luka lama.  Sehingga ini tiada penawar mujarab berjaya dihasilkan.

Prof. Dr Lai Oi Ming dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul yang mengetuai penyelidikan itu berkata REMDII Sensitive dibangunkan tanpa unsur bahan awet dan mengandungi bioaktif anti radang nano yang mampu untuk menembusi lapisan dermis kulit bagi merangsang pemulihan.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan pihaknya menunjukkan bahawa kebanyakan daripada emolien iaitu bahan-bahan yang digunakan untuk mencegah atau mengurangkan kekeringan sebagai perlindungan bagi kulit, yang dijual untuk melegakan ekzema tidak mengandungi bahan-bahan aktif, sebaliknya mempunyai banyak bahan kimia sintetik, pengawet dan bahan asas yang murah yang mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan.

Prof. Dr Lai berkata, biasanya terdapat dua pendekatan untuk merawat ekzema iaitu penggunaan steroid bagi mengurangkan kesan eksema, diikuti dengan krim emolien atau pelembap yang baik.

“Penyelesaian dan alternatif kami kepada steroid topikal adalah REMDII Sensitive, krim pelembab dalaman yang dirumuskan dengan spectrum vitamin E dilengkapi dengan bahan-bahan lain dalam campuran keseimbangan untuk membaiki kulit bermasalah tanpa penggunaan steroid.

“Tokoferol dan tocotrienol telah terbukti secara klinikal untuk mengurangkan gatal-gatal dan kesan terbakar dengan cepat dan berkesan melalui tindakan anti-oksida dan anti-radang,” katanya.

Selain itu, katanya, allantoin dan asid hyaluronik dalam formulasi itu mampu menyediakan lipid fisiologi utama dan kuasa penghidratan yang kuat untuk mengembalikan kawasan kulit yang dijangkiti kepada keadaan asal.

“Data pra-klinikal menunjukkan bahawa formulasi REMDII berjaya mengurangkan kegatalan, mengelupas dan dengan berkesan membaiki keadaan dermatitis atopik dalam masa hanya dua minggu,” katanya sambil menjelaskan bahawa REMDII Sensitive akan turut memenuhi keperluan pasaran produk halal yang besar.

Beliau berkata penyelidikan dimulakan pada Januari 2014 dan berakhir April 2016, dan REMDII Sensitive telah dipatenkan. Namun ujian klinikal masih diteruskan bagi meningkatkan lagi mutu produk.

Produk itu dikomersilkan melalui syarikat Lipidware Sdn Bhd. Pada majlis itu pertukaran dokumen perjanjian pelesenan dan pertukaran memorandum Persefahaman (MoU) antara Lipidware dan Human Life Advancement Foundation (HLAF) bagi pemasaran produk itu ke Asia Barat turut diadakan. - TribunPutra UPM

 

3. Healen Anti-Septic

Barisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan

                                                                        Harga:RM 30

Healan membantu menyembuh luka dengan pantas

  • Increases the healing rate image by ~ 50%
  • Improve tissue regeneration and immune / inflammatory response to enhance healing, effectiveimage for diabetics.
  • Enhance healing of sores, cuts, scrapes, rashes, eczema, burns, ulcers and other skin injuries
  • Non-toxic & safe for regular use. The biophenolic balm prevent and treats microbial, fungal & mites infection.
  • Anti-inflammatory effects mitigates pain, & soothes the skin
  • A topical ointment from botanical extracts that speed-up healing, antiseptic & reduce pain
  • Effectiveimagefor most skin injuries & infections
  • Convenient FIRST-AID KIT in a tube

 

Dicipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba, Healen merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh.

Kajian yang dilakukan dalam penghasilan Healen mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik. Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai biophenolic oitment mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia.

Menurut penyelidik Institut Biosains (IBS), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, melalui kajian yang dijalankan,Healen mampu bertindak pantas membantu merawat luka 30 peratus lebih cepat berbanding kaedah pengambilan ubatan biasa.

"Sehingga kini beberapa pesakit kencing manis dan diabetes yang menggunakan produk ini memberi maklum balas yang positif," ujarnya ketika ditemui di pejabat beliau di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini. Jelas beliau lagi, bagi bukan pesakit diabetes, luka yang mereka mampu sembuh secara normal.

Namun, bagi mereka yang mengidapi penyakit tersebut, luka yang dialami sukar untuk sembuh malah mungkin bertukar menjadi lebih teruk sehingga memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian yang rosak akibat jangkitan pada bahagian yang luka.

Antara lain yang boleh menyebabkan kesukaran luka untuk sembuh dengan baik adalah masalah kulit, prosedur pembedahan yang kurang teliti dan jangkitan kuman. Selain itu, faktor berat badan berlebihan (obesiti), merokok, kekurangan nutrisi, peningkatan umur, kurang pergerakan, rawatan kimoterapi, radioterapi, pengunaan ubat yang berlebihan dan pelbagai lagi.

Kajian yang dijalankan selama empat tahun itu turut mendapati Healen mampu merawat bakteria yang terdapat pada tubuh manusia, serangan kulat (fungus), alzheimer, bisul, calar, ruam, kesan lecur akibat terbakar dan juga ulser pada bahagian luar tubuh badan.

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, krim Healen perlu disapu pada kawasan luka dua hingga empat kali sehari sehingga sembuh. Bagaimana pun produk tersebut hanya boleh diaplikasikan untuk kegunaan luaran sahaja.

Jelas Prof. Dr. Suhaila, produk tersebut juga akan dipromosikan sebagai 'first aid kit' di dalam bentuk tiub yang mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. "Selain menerima maklum balas yang positif, beberapa pihak yang berminat untuk memasarkan produk ini telah menunjukkan minat.

"Produk Healen ini bakal dikormesialkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi dan pihak kami menumpukan kepada pengguna daripada golongan pesakit diabetes dan kencing manis di samping kanak yang mengidap penyakit lelah dan alzheimer," katanya.

 

 

 

 

Kemaskini:: 25/03/2019 [nuruliman]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcSAp~