WAZAN Turut Menjayakan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Turut Menjayakan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018

WAZAN Turut Menjayakan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018

Oleh Ayu

Foto Mohd Farouq Umair Zamri

 

UPM, 11 OKTOBER - Seminar Wakaf Institusi Pendidikan dan Majlis Pelancaran Buku Wakaf Institusi Pendidikan telah diadakan pada 11 Oktober 2018 di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia. Seminar Wakaf Institusi Pendidikan dan Majlis Pelancaran Buku Wakaf Institusi Pendidikan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Muhajid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

 

Majlis yang begitu bermakna ini adalah hasil kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta organisasi yang lain. Dalam seminar ini telah diedarkan Buku Wakaf Institusi Pendidikan secara percuma sebanyak 500 naskah kepada peserta.

 

 

 

Dr. Hj. Razali Otman dan Ustaz Nuruliman Ibrahim merupakan antara penggerak utama dalam penulisan Buku Wakaf Institusi Pendidikan yang memakan masa selama setahun begitu berbesar hati menerima tetamu daripada pelbagai agensi ke seminar ini. Oleh yang demikian, Buku Wakaf Institusi Pendidikan dijangka dapat membantu menggerakkan usaha dalam menubuhkan jabatan wakaf di institusi pendidikan lain untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

 

  

 

Selain itu, gimik pelancaran Aplikasi Wakaf Suara @ Projek Buku Audio turut diadakan seiiring dengan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan dan Majlis Pelancaran Buku Wakaf Institusi Pendidikan. Aplikasi Wakaf Suara @ Projek Buku Audio dilancarkan oleh tetamu terhormat iaitu YB Dato’ Dr. Muhajid Bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Aplikasi ini merupakan projek  hasil kolaborasi antara WAZAN dengan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UPM dimana ia aplikasi buku audio pertama dibangunkan UPM. - WAZAN Online

 

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 22/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDeAAI~