WAZAN Sertai Karnival Sayangi Malaysiaku 2018 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Sertai Karnival Sayangi Malaysiaku 2018

WAZAN Sertai Karnival Sayangi Malaysiaku 2018

Oleh WAZAN Online

 

SELANGOR, 16 September -  LOLA BABA telah menganjurkan Karnival Sayangi Malaysiaku pada 15-16 September bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Karnival ini diadakan selaras dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2018.

 

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM turut terlibat dalam karnival ini dimana pihak WAZAN merupakan salah satu rakan kerjasama LOLA BABA dalam menjayakan karnival ini.  Dalam hal ini, pihak WAZAN turut membuka gerai kecil bagi kutipan dana wakaf dan zakat. Selain itu, karnival ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kesihatan Malaysia, CHAMPS, Kenny Rogers Roasters Malaysia dan sebagainya.

 

Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan sepanjang karnival ini berlansung seperti pertandingan mewarna, pertandingan peragaan pakaian tradisional dan kebangsaan, pertandingan azan dan surah amma dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai jenis jualan makanan dan minuman turut disediakan di karnival ini. Karnival ini turut dimeriahkan lagi dengan artis jemputan seperti Hafiz Hamidun, Priakustik, Aiman Punya Band dan AsShoheeb Buskers.

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZPAO~