WAZAN Serah Ambulans Wakaf Kepada Pusat Kesihatan Universiti | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Serah Ambulans Wakaf Kepada Pusat Kesihatan Universiti

WAZAN Serah Ambulans Wakaf Kepada Pusat Kesihatan Universiti

 

UPM, 17 Januari 2018- Sumbangan wakaf para penyumbang di WAZAN telah berjaya dimanfaatkan menerusi kejayaan WAZAN merealisasikan dana wakaf ambulans yang selama ini telah diusahakan. Objektif utama yang menjadi teras dana wakaf ambulans ini adalah untuk membantu mempertingkatkan lagi kecekapan Pusat Kesihatan Universiti menerusi penggunaan kereta ambulans baru yang sudah pasti memberi manfaat kepada warga kampus dan masyarakat sekitar UPM. Penyerahan ambulans wakaf ini bukan sahaja memenuhi keperluan dalam aspek bantuan kecemasan tetapi mampu menjadi cerminan yang baik akan ketelusan dan komitmen WAZAN untuk terus membantu menjayakan impian pihak universiti.

Kejayaan ini turut membuktikan sumber dana wakaf merupakan tunjang penting dalam pembangunan masyarakat dan pembiayaan pendidikan tinggi negara. WAZAN turut melakar sejarah UPM sebagai universiti pertama yang memiliki ambulans daripada sumber dana wakaf yang telah disumbangkan oleh seluruh warga kampus khususnya dan masyarakat setempat amnya kepada WAZAN. Justeru, besar harapan WAZAN untuk menyeru semua warga kampus dan masyarakat umum untuk bersama-sama terus menyumbang bersama WAZAN agar pembiayaan wakaf ambulan ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 17/01/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1593710032