WAZAN Rintis Kerjasama Infaq Al-Qurán Dengan 7 Sanaabil International | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Rintis Kerjasama Infaq Al-Qurán Dengan 7 Sanaabil International

WAZAN Rintis Kerjasama Infaq Al-Qurán Dengan 7 Sanaabil International

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, 10 JUN – WAZAN telah merintis satu lagi kerjasama dengan Syarikat 7 Sanaabil International untuk menjana pendapatan menerusi sumbangan Infaq al-Qurán.

 

 

Dalam perbincangan yang diadakan di WAZAN, Pengarah Urusannya, Tuan Haji Yaakob bin Wan Haron yakin bahawa kepakaran yang dimiliki oleh WAZAN dalam pengurusan kewangan dana wakaf dan sumbangan akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Menurut Tuan Haji Yaakob, “WAZAN punya tenaga pakar yang cukup profesional dalam pelbagai bidang pengurusan kewangan berasaskan wakaf dan sumbangan. Banyak yang WAZAN boleh manfaatkan untuk sama-sama membantu syarikat kami menjayakan misi membantu masyarakat”.

Dalam pertemuan tersebut, WAZAN dan Syarikat 7 Sanaabil akan berganding bahu menjalankan program Infaq al-Qurán.

Sementara itu, Pengarah WAZAN, YBhg Dr. Haji Razali Othman optimis program ini akan menjadi program perintis berimpak tinggi kepada WAZAN. Beliau akan membawa cadangan ini untuk diperhalusi dan diluluskan oleh pihak UPM. - WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEaBAp~