WAZAN-MPP-PPUPM-HPUPM SUMBANG 900 PEK MAKANAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MENERUSI PROGRAM FREEMEAL | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN-MPP-PPUPM-HPUPM SUMBANG 900 PEK MAKANAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MENERUSI PROGRAM FREEMEAL

WAZAN-MPP-PPUPM-HPUPM SUMBANG 900 PEK MAKANAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MENERUSI PROGRAM FREEMEAL

WAZAN-MPP-PPUPM-HPUPM SUMBANG 900 PEK MAKANAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MENERUSI PROGRAM FREEMEAL
 
 
Bersempena bulan Ramadan 1442H / 2021M ini, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dengan kerjasama Hospital Pengajar (HPUPM), Persatuan Pentadbir (PPUPM) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPM) telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada palajar-pelajar di kampus UPM Serdang menerusi program Freemeal.
 
Sebanyak 900 pek makanan telah disediakan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di dalam kolej kediaman sebagai menu berbuka puasa.
 
Pelajar-pelajar Kolej Canselor, bergambar dengan pek Free Meal yang diserahkan kepada mereka
 
Program ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut yang bermula 19 – 21 April 2021 yang melibatkan sembilan buah kolej kediaman.
 
19 April 2021:
100 pek – Kolej Tun Dr Ismail
100 pek – Kolej Canselor
100 pek – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
 
20 April 2021:
100 pek – Kolej Sepuluh
100 pek – Kolej Tiga Belas
100 pek – Kolej Pendeta Zaaba
 
21 April 2021:
100 pek – Kolej Tujuh Belas
100 pek – Kolej Dua Belas
100 pek – Kolej Empat Belas
 
Sebanyak RM9,500.00 telah diperuntukkan oleh pihak WAZAN UPM melalui Tabung UPM Prihatin @WAZAN yang disumbangkan oleh individu-individu, syarikat-syarikat dan orang ramai.
 
Ketua Bahagian Endowmen WAZAN UPM, Ustaz Zuhaimi menyerahkan pek makanan kepada pelajar di Kolej Tun
Dr. Ismail Isnin lalu.
 
Program yang diletakkan di dalam Kempen Bulan Wakaf dan Zakat Ramadan ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang kesusahan untuk menikmati juadah berbuka secara percuma. Disamping itu juga, ianya juga memberikan peluang kepada penyumbang untuk menjamu makanan kepada pelajar khususnya di bulan Ramadan.
 
 
Disediakan oleh:
Seksyen Dakwah dan Pemasaran
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 30/04/2021 | Kemaskini: 30/04/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZUAM~