WAZAN Meraih Kemenangan Pada Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2018 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Meraih Kemenangan pada Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2018

WAZAN Meraih Kemenangan pada Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2018

Oleh Nuruliman Ibrahim

 

UPM, 02 NOVEMBER – Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2018 yang membawa tema “Pemikiran Kreatif Penggerak Sinergi Inovasi” telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM yang melibatkan penyertaan beberapa Pusat Tanggungjawab(PTJ) dalam UPM. Terdapat beberapa anugerah, hadiah dan penghargaan yang telah diberikan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ), pasukan serta pekerja yang terlibat.

 

 

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah mendapat tempat pertama dalam anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan (Kategori 2). Kemenangan WAZAN dalam kategori tersebut membuktikan bahawa WAZAN mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik dan mencapai indeks yang ditetapkan.

 

     

 

WAZAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan bersyukur di atas kemenangan yang telah diberikan. WAZAN turut mengucapkan tahniah kepada semua phiak yang telah terlibat dalam HKIP UPM 2018.

 

 

Kemenangan tersebut merupakan satu langkah bagi WAZAN untuk terus maju dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan sepanjang tahun.  – WAZAN Online

 

Tarikh Input: 09/11/2018 | Kemaskini: 09/11/2018 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcWAe~