WAZAN Lancar 2 + 1 Infaq Mineral Kepada Warga UPM! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Lancar 2 + 1 Infaq Mineral Kepada Warga UPM!

WAZAN Lancar 2 + 1 Infaq Mineral Kepada Warga UPM!

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, UPM, 23 MEI – WAZAN hari ini telah melancarkan satu lagi produk sumbangan yang inovatif dan kreatif!

 

 

Produk yang dijenamakan “2 + 1 sedekah” atau MyWATER@WAZAN dilancarkan bagi mengalakkan warga UPM dan sekitar Serdang membeli air sambil beramal.

Menurut Pengarah WAZAN, YBhg Dr. Haji Razali b. Othman, “dengan menyumbang RM20, WAZAN akan menyediakan 24 botol air mineral yang boleh disumbangkan di mana-mana masjid, surau atau rumah anak yatim di sekitar Bangi dan Serdang. Sementara baki sumbangan RM20.00 tadi akan diwakafkan atas nama penyumbang atau nama waris penyumbang.

Hasilnya akan digunakan untuk manfaat pelajar yang memerlukan bantuan. Semua urusan penghantaran pula akan dibuat oleh WAZAN.”

Dr. Razali yakin produk baharu WAZAN ini memberi banyak faedah kepada semua golangan staf UPM dan warga sekitar Serdang.

 

 

 

Oleh itu, beliau berharap produk ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh masyarakat kerana ia bukan sahaja dapat mengalakkan mereka untuk menyumbang dalam jumlah yang kecil, tetapi juga akan dapat manfaat pahala wakaf yang tidak putus-putus di akhirat nanti. – WAZAN Online

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdCAq~