WAZAN Kongsi Kepakaran Bantu Badan Pemikir Negara | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Kongsi Kepakaran Bantu Badan Pemikir Negara

WAZAN Kongsi Kepakaran Bantu Badan Pemikir Negara

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

KUALA LUMPUR, 24 September – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM, telah turut berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli akademik, pentadbir dan Badan Pemikir di pejabat MPM, Jalan Ledang, Kuala Lumpur.

Menurut Dr. Haji Razali Othman, Pengarah WAZAN, perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada peranan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi negara yang lebih mampan dan berdaya maju.

 

 

Situasi ekonomi negara yang masih tidak menentu, khususnya selepas PRU13 ini memerlukan setiap warganya berganding bahu mencari jalan membina semula negara yang lebih makmur dan harmoni.

Tanah yang melambangkan “kemerdekaan”dan “kesejahteraan” warga sesebuah negara perlu  dilihat dalam konteks yang lebih holistik. Dalam hal yang sama, wakaf yang juga sering dikaitkan dengan “tanah”perlu digunakan sebagai mekanisme pembiayaan yang bersifat berterusan penggunaannya daripada satu generasi ke satu generasi yang lain.

Di akhir perbincangan tersebut, pandangan WAZAN dan para peserta yang melibatkan aplikasi wakaf dan tanah telah diterima, dan akan diangkat ke peringkat pimpinan tertinggi negara untuk diperhalusi lagi. – WAZAN Online

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586521965