WAZAN Harungi Cabaran Explorasi 4x4 Dan Ziarah Amal D.A.K.O.T.A Gua Musang, Kelantan | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Harungi Cabaran Explorasi 4x4 dan Ziarah Amal D.A.K.O.T.A Gua Musang, Kelantan

WAZAN Harungi Cabaran Explorasi 4x4 dan Ziarah Amal D.A.K.O.T.A Gua Musang, Kelantan

Oleh Ayu

Foto Nur Zila Zainuddin

 

KELANTAN, 7 OKTOBER – Nasib insan-insan yang terlindung di sebalik kesibukan kota tidak pernah dilupakan oleh Universiti Putra Malaysia. Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia telah menjalankan program khidmat sosial di Gua Musang, Kelantan.

 

 

 

 

Program Explorasi 4x4 dan Ziarah Amal D.A.K.O.T.A bertujuan membantu masyarakat orang asli di Kampung Demaga dan Sungai Bering di Negeri Kelantan. Pada 5,6 dan 7 Oktober 2018 kunjungan daripada WAZAN dan Sahabat Masjid berjaya mengharungi perjalanan yang agak sukar ke kawasan perkampungan orang asli untuk menyalurkan barang keperluan asas kepada mereka. Rezeki yang dikongsi bersama diharap dapat memberikan senyuman di wajah insan lain yang kurang berkemampuan - WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597359880