WAZAN Dinobatkan Pemenang Insentif Kutipan Penolong Amil IPT 2018 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Dinobatkan Pemenang Insentif Kutipan Penolong Amil IPT 2018

WAZAN Dinobatkan Pemenang Insentif Kutipan Penolong Amil IPT 2018

UPM, 21 Februari 2018 – Sejarah kejayaan WAZAN terus berjaya dilakarkan pada tahun ini. Bertempat di De Palma Hotel Shah Alam, WAZAN telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama insentif kutipan bagi kategori penolong amil IPT negeri Selangor 2018. Penyerahan hadiah insentif ini telah disampaikan sempena majlis penyampaian anugerah dan hadiah Lembaga Zakat Selangor. Penghargaan yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor akan terus menjadi pembakar semangat kepada WAZAN untuk terus tekad dan komited melaksanakan amanah yang diberikan. Sejajar dengan itu, WAZAN akan terus berusaha untuk menyemai amalan berzakat dalam kalangan warga UPM dan masyarakat setempat.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para staf WAZAN dan sokongan padu warga UPM untuk berzakat di WAZAN. Oleh itu, besar harapan agar WAZAN mampu terus memberikan manfaat dan kebaikan dana zakat kepada semua pelajar dan staf UPM yang mengalami masalah dan kesusahan. Setiap sumbangan yang diagihkan merupakan kejayaan paling besar kepada WAZAN kerana kepercayaan dan tangungjawab yang diberikan LZS berjaya direalisasikan. Akhir sekali, WAZAN akan memastikan pelbagai usaha dan program menarik akan dilaksanakan demi membangunkan dana zakat demi kemaslahatan ummah.

 

Tarikh Input: 06/03/2019 | Kemaskini: 06/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUIAB~