WAZAN Dan Bank Islam Perkukuh Kerjasama Teroka Persefahaman Baharu | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN dan Bank Islam perkukuh kerjasama teroka persefahaman baharu

WAZAN dan Bank Islam perkukuh kerjasama teroka persefahaman baharu

Oleh Nuruliman Ibrahim
Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, 23 Oktober - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) meneroka beberapa persefahaman baharu bagi memperkukuh jalinan kerjasama sedia ada.

Bank Islam yang merupakan di antara penyumbang tetap bagi bantuan agihan zakat korporat di UPM pada setiap tahun, kini melebarkan usahasama dengan merintis peluang penawaran pelbagai fasiliti perbankan untuk kemudahan pewakaf di UPM.

YBhg. Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM berkata, sudah tiba masanya untuk Dana Wakaf Ilmu UPM mempelbagaikan perkhidmatan kepada para pewakaf menerusi kerjasama dengan institusi perbankan, khususnya dengan pihak Bank Islam yang sememangnya sudah terkenal dengan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Menurut Pengarah WAZAN, Dr. Hj. Razali Othman, diskusi ini merupakan perjumpaan kali ketiga antara UPM dengan Bank Islam bagi merealisasikan beberapa inovasi kerjasama baharu yang bukan sahaja terhad kepada kemudahan untuk pewakaf UPM, lebih daripada itu ianya juga turut mencakupi aspek kemudahan pembiayaan projek-projek pembangunan harta wakaf yang sedang dirancang bagi mempertingkatkan nilai aset Dana Wakaf Ilmu UPM. - WAZAN Online

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/10/2017 | Kemaskini: 28/09/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEYFAF~