WAZAN Bina Sinergi Dengan Tujuh Politeknik Di Sabak Bernam | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bina Sinergi Dengan Tujuh Politeknik Di Sabak Bernam

WAZAN Bina Sinergi Dengan Tujuh Politeknik Di Sabak Bernam

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

 

SABAK BERNAM, 25 September – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM, telah mengadakan kerjasama dengan tujuh Politeknik di program Gerak Usahawan Kampus (GUK), Peringkat Zon Tengah, Politeknik Malaysia bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

 

 

WAZAN akan membantu Politeknik Zon Tengah menjayakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar mereka, khususnya yang melibatkan pengurusan wakaf sebagai sumber penjanaan. Dalam waktu yang sama, pihak Politeknik Zon Tengah pula sedia untuk membantu WAZAN dalam menyediakan kepakaran “mentor”keusahawanan dalam pelbagai bidang perniagaan.

Dalam program yang sama, Pengarah WAZAN, iaitu YBhg Dr. Haji Razali Othman turut diberi ruang untuk menyampaikan sesi perkongsian bertajuk “Usahawan Dunia, Usahawan Akhirat” yang dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Unit Keusahawanan, Politeknik Zon Tengah dan lebih 250 orang pelajar.

Dalam sesi tersebut, Dr. Haji Razali Othman telah menceritakan kehebatam usahawan-usahawan silam termasuk Rasulullah SAW dan para sahabatnya baginda. Mereka bukan sahaja usahawan yang kaya raya, tetapi juga sentiasa memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan menerusi wakaf.

Dr. Razali Othman juga sempat memberi motivasi kepada para pelajar untuk belajar bersungguh2-sungguh dan mendapatkan CGPA yang terbaik. Kata beliau, “Di Politeknik awak hanya duduk 3 tahun je! Dah habis belajar nanti, awak nak menempuh mungkin 40 tahun, atau mungkin 50 tahun. Jadi, gunakanlah masa di Politeknik tiga tahun yang ada ni, belajar betul2, manfaatkan ilmu yang ada tu untuk persediaan bila keluar nanti ...”. Tambah Dr. Razali Othman lagi, “ringan2kan tangan untuk memberi, banyakkan berwakaf! Makin banyak awak berwakaf, makin banyak ilmu yang awak dapat. Maka, makin mudah nak bergraduat!”. – WAZAN Online

 

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586521784