WAZAN BANTU LAHIRKAN ASNAF CEMERLANG MELALUI KURSUS GMP, HACCP DAN HALAL AUDIT DALAMAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN BANTU LAHIRKAN ASNAF CEMERLANG MELALUI KURSUS GMP, HACCP DAN HALAL AUDIT DALAMAN

WAZAN BANTU LAHIRKAN ASNAF CEMERLANG MELALUI KURSUS GMP, HACCP DAN HALAL AUDIT DALAMAN

SERDANG, 25 Jun - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia terlibat dalam inisiatif melahirkan asnaf cemerlang melalui kursus GMP, HACCP dan Halal audit dalaman dengan kerjasama SIRIM STS Sdn Bhd (SIRIM) dan Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Majlis ringkas perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Hj. Razali Othman, Pengarah WAZAN, UPM, bertempat di Dewan Kuliah Teknologi Makanan (DKTM), FSTM, UPM, pada 25 Jun, 2019.

Pengarah program, Prof. Madya Dr. Maimunah Sanny dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, berkata, antara Kursus Sistem Pengurusan Berasaskan Piawaian (Standard Based Management System) yang diamalkan di industri makanan adalah termasuk (i) MS 1514:2009 Good Manufacturing Practice (GMP) for Food, (ii) MS 1480:2019 Food safety according to Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) system, dan (iii) MS 1500:2009 Production, preparation, handling and storage of halal food.   Sistem pengurusan ini diamalkan di industri makanan bagi memastikan produk makanan yang dikeluarkan oleh pengilang menepati kehendak pengguna dari segi aspek kualiti, selamat dan Halal. 

Beliau berkata, pengetahuan mendalam mengenai prinsip dan aplikasi  sistem tersebut adalah antara modul yang diajar di dalam kursus FST4610 dan FST4824 Pengurusan Kualiti Makanan dan FST3602 Makanan Halal kepada pelajar prasiswazah Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) dan Bacelor Sains (Pengajian Makanan) (BSPMK) di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. “Penganjuran siri kursus ini dengan kerjasama SIRIM dan HDC telah memberi peluang kepada pelajar prasiswazah untuk mempelajari dan memahami prinsip dan aplikasi  audit dalaman di dalam Sistem Pengurusan Berasaskan Piawaian yang tersebut di atas.  Seterusnya,  pelajar prasiswazah yang terlibat memperolehi sijil yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkaliber bagi memperakui kemahiran mereka dalam melakukan audit dalaman.” katanya.

Beliau berkata, persijilan yang memperakui kemahiran audit dalaman pelajar dijangkakan akan dapat meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan dan seterusnya Graduate Employability program yang ditawarkan di UPM.  Ini adalah disebabkan dengan persijilan tersebut, pelajar sudah mencapai status Industry Ready dan layak untuk menyertai kumpulan Juruaudit Dalaman dan melakukan pengauditan di syarikat mereka berkerja kelak.  Majikan tidak perlu menghantar mereka bagi mengikuti kursus yang sama lagi sekali. - WAZAN Online

Seramai 30 orang pelajar prasiswazah Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) dan Bacelor Sains (Pengajian Makanan) (BSPMK) di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan yang terlibat dalam kursus Halal audit dalaman dengan kerjasama Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC), pada 26 hingga 27 Jun 2019.

Seramai 30 orang pelajar prasiswazah Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) dan Bacelor Sains (Pengajian Makanan) (BSPMK) di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan yang terlibat dalam kursus Halal audit dalaman dengan kerjasama SIRIM STS Sdn. Bhd., pada 26 hingga 27 Jun 2019. 

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEURAo~