WAZAN Bantu Biayai Vaksin Pelajar Perubatan Veterinar | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Bantu Biayai Vaksin Pelajar Perubatan Veterinar

WAZAN Bantu Biayai Vaksin Pelajar Perubatan Veterinar

UPM, 19 April 2019 – Memangkin kecemerlangan para pelajar UPM merupakan visi murni yang telah menjadi teras usaha WAZAN di kampus hijau ini. WAZAN amat berbangga dengan kejayaan 12 pelajar dari Fakulti Perubatan Veterinar yang telah terpilih mengikuti program di Chittagong Veterinary and Animal Sciences University.

WAZAN dimaklumkan bahawa para pelajar ini akan berpeluang mengikuti pengajian pengurusan dan rawatan haiwan kecil dan besar bersama para pakar perubatan veterinar di univeristi tersebut. Sejajar dengan itu, WAZAN amat berbesar hati untuk sentiasa membantu para pelajar FPV untuk merealiasikan impian mereka. Maka, Dr. Haji Razali Othman telah bersetuju untuk membantu para pelajar ini dengan membiayai kos rejim vaksinasi sebagai syarat ke luar negara.

WAZAN akan menggunakan sumber dana zakat untuk membiayai kos ini kerana salah satu jenis manfaat zakat ialah dana penyelidikan. WAZAN mengharapkan para pelajar terpilih akan menanam semangat juang tinggi untuk memantapkan ilmu dan pengalaman mereka berkaitan bidang pengajian mereka. Akhirnya, peserta ini mampu berkongsi semula ilmu dan pengetahuan yang diperolehi bersama rakan seperjuangan mereka. WAZAN mendoakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusan pelajar FPV sepanjang menuntut ilmu di sana.

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/04/2019 | Kemaskini: 23/04/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586526476