Seramai 20 Orang Pelajar Asnaf Di Bawah Tajaan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Telah Menyertai Program Pembangunan Kepimpinan AL-Fateh | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Seramai 20 Orang Pelajar Asnaf di Bawah Tajaan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Telah Menyertai Program Pembangunan Kepimpinan AL-Fateh

Seramai 20 Orang Pelajar Asnaf di Bawah Tajaan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Telah Menyertai Program Pembangunan Kepimpinan AL-Fateh

 

 

                                                                                                  

 

UPM, 28 Januari 2019 –ILMU. Seramai 20 orang pelajar asnaf di bawah Tajaan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah menyertai Program Pembangunan Kepimpinan AL-Fateh. Program ini merupakan program yang Julung kalinya diadakan hasil kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan juga Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM). Program yang diadakan selama 3 Hari 2 Malam pada 13 hingga 15 Januari 2019 bertempat di DashBox Hotel, Cyberjaya telah memberi manfaat kepada para peserta.  Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pemimpin generasi asnaf yang berwibawa dan produktif. Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bentuk teori dan praktikal kepimpinan, malah peranan dan tanggungjawab WAZAN sebagai sebuah institusi yang menguruskan zakat turut diperjelaskan. WAZAN juga turut berharap dengan adanya program-program sebegini dapat merealisasikan impian setiap para peserta tertakluk kepada pemantauan yang mantap serta berterusan. 

 

Video : https://www.youtube.com/watch?v=JE6GsamExAo&feature=youtu.be

Tarikh Input: 31/01/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1596669308