Pra Pelancaran Wakaf Pak Ngah Atan Sempena Sambutan Hari Warga Emas 2018 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pra Pelancaran Wakaf Pak Ngah Atan Sempena Sambutan Hari Warga Emas 2018

Pra Pelancaran Wakaf Pak Ngah Atan Sempena Sambutan Hari Warga Emas 2018

Oleh Nuruliman Ibrahim

 

NEGERI SEMBILAN, 21 OKTOBER -  Majlis Pra Pelancaran WAKAF PAK NGAH ATAN telah diadakan pada 21 Oktober 2018 bertempat di Masjid Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis pra pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Negeri Sembilan. Wakaf Pak Ngah Atan merupakan sebuah rumah yang diwakafkan oleh Puan Hasnah kepada UPM untuk dijadikan Pusat Jagaan Warga Emas.

 

 

Tiga buah Fakulti telah terlibat untuk merealisasikan hasrat pewakaf. Institut Gerontologi UPM (MyAgeing) membangunkan modul terkini penjagaan warga Emas, manakala Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) membangunkan pelan renovasi moden untuk rumah berkenaan dan Fakulti Kejuruteraan pula bertindak membangunkan konsep ‘smart house’ untuk warga Emas. Menariknya, kesemua warga tiga Fakulti berkenaan telah mewakafkan kepakaran mereka.

 

 

Sementara WAZAN dengan sokongan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan pula memastikan pengurusan wakaf diaplikasikan sebagai sumber pembiayaan yang berkekalan. Dalam Majlis yang sama, Pengarah WAZAN UPM, Dr Hj Razali Othman dijemput khusus untuk menyampaikan 'Special Waqf Talk' kepada semua peserta yang hadir. Turut hadir ialah YBhg Prof Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris Naib Cabselor UPM dan Prof Dr Tengku Aizan Pengarah MyAgeing UPM. - WAZAN Online

 

 

Tarikh Input: 24/10/2018 | Kemaskini: 05/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586527007